Jumlah Ilmu Disebar

Saturday, 9 November 2013

Hukum Isteri Tidur Sebilik

Apakah hukumnya jika si suami tidur bersama 2 isteri di dalam satu bilik?

Hukumnya harus, tetapi haram untuk jimak bersama 2 isteri di dalam satu bilik kerana jimak memerlukan hajat untuk membuka aurat.

Hukum Jika Suami Minum Susu Isteri

Apakah hukum jika suami terminum susu si isteri? Adakah terbatal ikatan perkahwinan?

Hukumnya tidak menjadi susuan kerana syarat menjadi susuan adlah bawah daripada 2 tahun. Oleh itu, tidak batal perkahwinan. Tetapi hanya akan terbatal jika si suami berusia 8 bulan. 

Hukum Mengeluarkan Mani Isteri Ketika Haid

Apakah hukum mengeluarkan mani isteri dalam keadaan haid dengan menggunakan tangan suami?

Jawabnya, yang tidak boleh ketika haid hanya jimak, selain daripada itu dibolehkan.

Isteri Menegur Suami Dalam Solat

Adakah seorang isteri boleh menegur si suami di dalam solat jika ade kesalahan dalam bacaan?

Jawabnya, setengah ulamma’ mengatakan boleh dengan menyebut Subhanallah kerana tiada fitnah terhadap suami.

Tuesday, 21 May 2013

Mencium Dahi Mayat

SOALAN
Adakah mencium dahi orang yang wafat itu amalan sunat?



JAWAPAN
Ya, ianya sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Satu masa dulu Nabi Muhammad S.A.W pernah mencium dahi sahabat yang wafat. Di antara sahabat yang Baginda cium adalah Usman Ibnu Mazun yang pernah dikenakan hukum hudud atas kesalahan minum arak. Ketika Usman Ibnu Mazun habis umurnya, Nabi Muhammad S.A.W menziarahi beliau dan Baginda mencium dahi beliau. jadi para ulama berkata bahawa mencium dahi mayat adalah sunat. Tapi janganlah mencium yang bukan mahram. Ciumlah dahi yang mahram seperti Imam, Bilal atau guru yang telah wafat (bagi lelaki).

Derma Ketika Sembahyang Jumaat

SOALAN
Derma ketika khutbah dan berzikir (sembahyang jumaat)



JAWAPAN
Ulama mengatakan ketika Khatib sedang membaca khutbah, tidak boleh tong derma diedarkan. Tong derma hanya diedarkan ketika orang sedang berzikir iaitu setelah selesai sembahyang kerana tiada Nas yang menyuruh kita beri perhatian semasa berzikir manakala ketika mendengar khutbah, Allah S.W.T berkata 'Fasta-mi-u-la'. Hendaklah kamu mendengar khutbah itu. Semasa khutbah, kita mesti tumpu sepenuhnya kerana jika kita menderma ketika khatin membaca khutbah, kita tidak mendengar apa yang khtib sedang katakan. Semasa wirid tak apa untuk kita tidak memberi tumpuan malahan kita boleh mendapat dua pahala iaitu berzikir dan memberi derma. Oleh itu, jika ingin menderma, janganlah semasa khatib sedang memberikan khutbah. :)

Imam Berpaling Ketika Berzikir

SOALAN
Mengapa imam berpaling ke kanan ketika berzikir selepas selesai solat?



JAWAPAN
Hikmah nye wAllahualam tetapi ianya merupakan sunnah Nabi Muhammad S.A.W apabila habis memberi salam, Baginda berpaling di mana peha kanan mengadap makmum, muka tidak mengadap kiblat dan peha kiri mengadap kiblat. Kata ulama perbuatan yang imam lakukan itu 'Lita-a-budi' iaitu semata-mata menjadikan ia satu ibadah menurut jejak langkah Nabi Muhammad S.A.W. Jika tidak berpaling maka ia nya tetap sah tetapi jika berpaling ianya sunnah kerana itu yang paling afdhal.

Sunday, 19 May 2013

Petua Imam Syafie

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang
kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk
memudahkan terjaga untuk solat malam.....

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan
makanan yang banyak dimakan..

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli
neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini
kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar
menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang
berkekalan bagi orang yang mengajarnya
meskipun beliau sudah meninggal.

Golongan Tidak Diterima Solat

SOALAN
Golongan mnakah yang tidak diterima solat dan solatnya tidak diangkat ke langit?


JAWAPAN
Golongan ini ade banyak. Tetapi yang disenaraikan di bawah hanyalah segelintir.

1. Imam yang orang tak suka menjadi Imam di sesuatu tempat tetapi tetap ingin menjadi Imam.
2. Suami yang meninggalkan anak dan isteri tanpa memberi nafkah.
3. Pemerintah yang melakukan kezaliman dan penindasan ke atas rakyat.
$. orang yang makan daripada harta yang haram (riba)

Meniru Dalam Periksa

SOALAN
Meniru dalam peperiksaan



JAWAPAN
Ade sedikit kekeliruan. Akan tetapi saya cuba menerangkannya. Hukum meniru dalam peperiksaan adalah salah di sisi peraturan manusia, jika peraturan manusia itu tidak salah di sisi syarak, maka perbuatan meniru ini juga salah di sisi syarak. Tiap2 syarat yang dikenakan oleh manusia yang tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis, maka syarat itu sah di sisi syarak. Apabila kita melanggar syarat itu, tidak betul di sisi undang2 manusia, tidak betul juga di sisi syarak. Melaikan tidak ade orang yang tak meniru dan tidak dapat kerja kerana dia seorang yang dapat kerja. Dalam perkara ini, ulama berkata sumber pendapatannya HALAL tetapi TIDAK BERKAT.



P/S
*maaf jika tidak faham, huraian ini diambil dari Ustaz Azhar Idrus.
*insya'Allah akan diupload video untuk tajuk ini.

Doa Qunut

SOALAN
Adakah sah solat seseorang jika tidak membaca doa Qunut?



JAWAPAN
Sah kerana doa Qunut adalah perkara Sunat Sembahyang dan bukan Rukun Sembahyang. Akan tetapi dalam Mazhab Syafie, doa Qunut merupakan sunat Ab-Ad. Maka jika tertinggal doa Qunut disunatkan untuk kita melakukan sujud sahwi bagi mendapatkan fadhilat. Oleh itu, kepada sesiapa yang terlupa untuk membaca doa Qunut janganlah khuatir dan risau kerana solat anda tidak terbatal. :)

"Meletupkan" Jari

SOALAN
Apakah hukum "meletupkan" jari?


JAWAPAN
Hukum meletupkan atau membunyikan jari adalah MAKRUH jika dilakukan di dalam masjid atau surau. Perkara ini tidak digalakkan malahan tidak disukai. Jika hendak meletupkan atau membunyikan jari, lakukanlah di luar masjid atau surau samaada di tengah jalan ataupun di mana2 yang anda mahu. Bunyi yang meletup itu bukanlah menandakan jari anda patah tetapi ianya adalah gelembung udara yang meletup di dalam jari. Seperti juga bercakap di dalam masjid, hukumnya HARAM akan tetapi TIDAK HARAM jika bercakap di luar masjid.

Mengintai Isteri Mandi

SOALAN
Apakah hukum mengintai isteri ketika dia sedang mandi?



JAWAPAN
Hukumnya TIDAK HARAM kerana isteri adalah HALAL untuk kita mengintai dan juga jimak. Akan tetapi, mengintai orang lain selain isteri adalah HARAM seperti Ibu Bapa dan anak. Ape guna kita menikah jika ingin mengintai isteri mandi sedangkan kita boleh mandi bersama? Remeh kan? :)

Perhiasan Lelaki

SOALAN
Apakah perhiasan untuk orang lelaki atau kaum Adam?



JAWAPAN
Orang lelaki atau kaum Adam hanya boleh memakai cincin yang bukan emas. Selain daripada itu seperti rantai, gelang kaki, gelang tangan, loket, subang telinga, subang pusat, subang hidung adalah HARAM kepada orang lelaki tetapi HALAL untuk orang perempuan. Jika lelaki memakai perhiasan seperti gelang, mereka umpama orang yang TIDAK TAHU HUKUM SYARAK. Jika tidak tahu hukum syarak maka bagaimana ingin menjadi ayah dan ketua rumah tangga? selain itu, orang ini adalah orang yang berani buat dosa, maka beranikah kaum wanita membawa masuk orang ini ke dalam rumah untuk dijadikan suami? Fikirkanlah wahai kaum Hawa.

Masjidil Aqsa

SOALAN
Siapakah orang pertama yang membina Masjidil Aqsa?



JAWAPAN
Apa yang datang kepada kita tidak disebut akan tetapi satu Hadis Sahih mengatakan bahawa Malaikat Jibril A.S telah menunjukkan tapak Masjidil Aqsa kepada Nabi Adam A.S dimana jaraknya adalah 40tahun perjalanan daripada tapak Masjidil Haram. Nabi Adam A.S juga telah pergi ke kedua-dua tapak tersebut.

Main Poker

SOALAN
Apakah hukum bermain poker dalam internet seperti facebook yang mempertaruhkan wang khayalan dan bukannya wang yang sebenar?



JAWAPAN
Hukumnya kata ulama HARAM kerana latihan membuat perkara HARAM itu adalah HARAM. Poker oada dasarnya merupakan satu permainan judi, maka apabila kita berlatih untuk bermain judi walaupun tanpa mempertaruhkan apa2, ianya tetap haram. Setengah ulama mengatakan makruh. Begitu juga dengan daun terup. Daun terup dipanggil Alatul Maisin iaitu alat untuk berjudi. Alat ini Mal-Unun iaitu kena laknat. Banyak lagi permainan di internet terutama facebook seperti farmville malahan game sukan juga disediakan seperti bola sepak dan juga golf bahkan game yang popular seperti Angry Bird juga boleh dimain yang hukumnya tidak haram. Akan tetapi mengapa memilih untuk bermain poker atau sewaktu dengannya? Fikirkanlah sahabat..... :)


P/S
*maaf jika ade perkataan yang disalah eja.

Ilham.....

Assalamualaikum para pembaca. Ini merupakan blog pertama saya. Saya membuat blog ini kerana mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah S.W.T dan juga mendapat Ilham daripada Ustaz Azhar Idrus dan juga daripada video yang diberi tajuk The Arrivals. 2 perkara ini membuka hati dan minda saya berkenaan dunia yang semakin dekat dengan kehancuran malahan boleh dipanggil sudah hancur. Oleh itu. Blog ini sedikit sebanyak akan menceritakan tentang perkara yang nampak remeh dalam Islam tapi ramai yang tidak tahu mengenainya. Diharapkan agar blog ini diberi sambutan dan galakan yang baik daripada para pembaca. Terima kasih dan Assalamualaikum.