Jumlah Ilmu Disebar

Tuesday, 8 April 2014

Rukun Tunang

Rukun tunang:
1- si lelaki menyatakan hasrat utk menjadikan si wanita sebagai isteri
2- si wanita setuju/menerima walaupun bergurau/main2.

Syarat sah tunang:
1- lelaki itu islam, baligh, waras.
2- wanita itu islam atau ahli kitab, baligh, waras.
3- akad tadi samada berlafaz, sms, bahasa isyarat, etc.

Ini tunang Syarie, bukan tunang adat yang memerlukan duit or hantaran or whatever. -ustaz azhar idrus-

p/s : pasangan "couple" zaman leni mohon pahamkan yg di atas. dan jgn nak bangge sangat korang tu dah jadi tunang, sebab takda yg special, takde yg halal antara kalian.. take a note!

Monday, 20 January 2014

Mandi Wajib Tanpa Wuduk

Adakah sempurna mandi junub iaiti mandi wajib tanpa berwuduk?

Mandi wajib bererti mengangkat hadas besar yang ada pada seseorang, manakala mengambil wuduk bererti mengangkat hadas kecil. Sesiapa yang berhadas besar, maka wajib mandi hadas supaya hadas besar itu terangkat daripadanya dan sunat dia mengambil wuduk.

Hukum mengambil wuduk semasa mandi wajib adalah tidak wajib kerana apabilaberniat mengangkat hadas besar ketika mandi itu, hadas kecil juga angkat terangkat sama.

Hasilnya, seseorang yang melakukan mandi wajib tidak perlu lagi untuk mengambil wuduk bagi mengerjakan solat melainkan berlaku perkara yang membatalkan wuduk selepas mandi itu seperti kentut dan sebagainya. :)

Kencing Berdiri

Apakah hukum membuang air kecil berdiri?

Hukumnya adalah makruh dan tidak berdosa. Majoriti sarjana fikah berpendapat bahawa sunat membuang air kecil dalam keadaan duduk. :)

Hukum Perempuan Membaca Al-Quran

Apakah hukumnya jika wanita memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada lelaki bukan mahram?

Terdapat dua hukum iaitu Harus dan Dilarang

Harus
Ketika membaca Al-Quran di hadapan guru lelaki dengan tujuan belajar

Dilarang
Membaca di pertandingan musabaqah Al-Quran seperti yang berlaku pada masa kini


Jikalau sudah tahu kedua-dua hukum di atas, maka tidak harus lelaki sengaja mendengar suara wanita anjnabiyah iaitu bukan mahram membaca Al-Quran. :)

Maksud Hadis #1

"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, kerana dia memperkenalkan dirinya kepada orang lain"

Maksud Hadis di atas ialah wanita yang mendedahkan aurat bagi tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias bagai dengan tujuan untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.

Oleh itu, wanita perlulah menghindari daripada meletakkan gambar yang mendedahkan aurat mahupun berhias bagai puteri kayangan di dalam internet seperti facebook, wechat dan instagram walaupun dengan niat untuk mencari sahabat atau merapatkan ukhuwah kerana banyak masalah yang boleh timbul seperti fitnah manusia, kecurian identiti mahupun santau. Fikirkanlah. :)

Saturday, 9 November 2013

Hukum Isteri Tidur Sebilik

Apakah hukumnya jika si suami tidur bersama 2 isteri di dalam satu bilik?

Hukumnya harus, tetapi haram untuk jimak bersama 2 isteri di dalam satu bilik kerana jimak memerlukan hajat untuk membuka aurat.

Hukum Jika Suami Minum Susu Isteri

Apakah hukum jika suami terminum susu si isteri? Adakah terbatal ikatan perkahwinan?

Hukumnya tidak menjadi susuan kerana syarat menjadi susuan adlah bawah daripada 2 tahun. Oleh itu, tidak batal perkahwinan. Tetapi hanya akan terbatal jika si suami berusia 8 bulan. 