Adakah sempurna mandi junub iaiti mandi wajib tanpa berwuduk?
Mandi wajib bererti mengangkat hadas besar yang ada pada seseorang, manakala mengambil wuduk bererti mengangkat hadas kecil. Sesiapa yang berhadas besar, maka wajib mandi hadas supaya hadas besar itu terangkat daripadanya dan sunat dia mengambil wuduk.
Hukum mengambil wuduk semasa mandi wajib adalah tidak wajib kerana apabilaberniat mengangkat hadas besar ketika mandi itu, hadas kecil juga angkat terangkat sama.
Hasilnya, seseorang yang melakukan mandi wajib tidak perlu lagi untuk mengambil wuduk bagi mengerjakan solat melainkan berlaku perkara yang membatalkan wuduk selepas mandi itu seperti kentut dan sebagainya. :)
No comments:
Post a Comment